PRK Nenggiri: Radzi dedah pemilihan calon paling sukar

PRK Nenggiri: Radzi dedah pemilihan calon Bersatu paling sukar

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Dr. Radzi Jidin mendedahkan pemilihan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kali ini sukar kerana ia dilakukan dengan penuh cermat.

Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menggelakan sejarah sama berulang sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Kita mempunyai sejarah yang tidak baik dan calon yang terpilih semestinya diterima oleh semua rakyat di DUN Nenggiri. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon Bersatu, dalam banyak-banyak calon, ada seorang yang memenuhi ciri-ciri, namun dia orang Pas.

“Tetapi, kerusi di Nenggiri milik Bersatu. Jadi saya kata kepada Pas, boleh bagi ke Mohd. Rizwadi (Ismail) kepada kami dan jadi ahli Bersatu dan perkara itu  dipersetujui.

“ Maka Mohd Rizwadi diumumkan sebagai calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN),” katanya ketika menyampaikan ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, di sini, malam tadi.

Radzi memberitahu, Mohd. Rizwadi dianggap calon terbaik yang cukup pakej serta mampu memikat hati pengundi.

Katanya,  dalam dakwah dan kerja kemasyarakatan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) lebih hebat jika dibandingkan dengan pihak lawan.

” DUN Nenggiri ibarat seperti Perlis dan sudah tentu kita memerlukan calon yang terbaik dari segi usia, keupayaan, kekuatan mental dan penerimaan rakyat.

“Jadi Mohd. Rizwadi adalah pemilihan yang tepat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN