PRK Nenggiri : PN tidak boleh terlalu yakin menang

PRK Nenggiri : PN tidak boleh terlalu yakin menang

MUHYIDDIN Yassin (kanan) berinteraksi bersama penduduk di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu terlalu yakin calon daripada gabungan itu mampu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Sabtu ini.

Muhyiddin berkata, hal ini tempoh berkempen yang berbaki tiga hari ini agak kritikal untuk menentukan arah mana termasuk pengundi luar.

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini sambutan daripada pengundi di DUN Nenggiri terhadap PN adalah memberangsangkan.

“Alhamdulillah saya telah diberi taklimat daripada jawatankuasa induk sebentar tadi. Kita telah diberi data serta maklumat terperinci tentang apa yang sedang berlaku di bawah dan sambutan daripada pengundi Nenggiri sangat memberangsangkan.

“Malah sesetengah kawasan yang kita tak boleh tembusi termasuk kawasan Orang Asal, mereka sedang mengalukan kehadiran kita (PN) dan kita telah mengadakan beberapa program di sana,” katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Limau Kasturi di sini hari ini.

Muhyiddin memberitahu, dia turut merayu agar pengundi luar pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

“Saya merayu dan memohon pengundi luar untuk balik ke kampung masing-masing mengundi pada 17 Ogos ini. Walaupun sokongan agak baik tapi kalau mereka tidak pulang, maka peratusan merosot ianya memberi satu masalah nanti.

“Alhamdulillah setakat ini semangat serta sambutan penduduk macam di sini luar biasa dan malam ini saya akan ke Felda dan kawasan lain sampai 16 Ogos saya akan beri tumpuan kawasan yang memerlukan perhatian saya,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN