GUA MUSANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengingatkan semua parti baik kerajaan mahupun pembangkang supaya tidak menyentuh sebarang isu 3R (Agama, Raja dan Kaum) sepanjang tempoh berkempen. Timbalan Menteri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pada masa sama KDN berharap tiada perkara sensitif yang timbul sehingga berlaku kekecohan atau perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam. Katanya, setakat tempoh lima hari berkempen suasana di DUN Nenggiri masih tenang serta terkawal. “Di…









