GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) berharap masyarakat Orang Asli kekal menyokong dan memberi undi kepada calon parti itu pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri esok. Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menaruh keyakinan tinggi agar masyarakat Orang Asli istiqamah memberikan sokongan penuh kepada BN walaupun pihaknya menerima laporan pelbagai tawaran telah dikemukakan parti lawan. “Saya mendapat laporan pelbagai pada peringkat awalnya…