PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota boleh dijadikan medan untuk UMNO-BN menguji pendekatan ‘politik digital’ bagi menarik pengundi baharu. Felo Penyelidik Bersekutu, Institusi Analisis Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhd. Afifi Abdul Razak berkata, adalah penting UMNO-BN menggunakan platform media sosial dan aplikasi mudah alih untuk berkomunikasi dengan pengundi. Menurut beliau, langkah itu bertepatan dan sesuai dengan trend terkini dalam mendepani dinamik politik semasa…










