KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memecat Komander Tentera Udara negara itu, empat hari selepas pesawat perang F-16 terhempas semasa pengeboman Russia dan membunuh juruterbang. Arahan pemecatan Leftenan Jeneral Mykola Oleshchuk dikeluarkan di laman web presiden, semalam. Pemecatan itu diumumkan hanya sehari selepas tentera Ukraine melaporkan sebuah jet F-16 terhempas dan membunuh juruterbangnya ketika menangkis serangan Russia, Isnin lalu. “Kita perlu melindungi rakyat. Lindungi kakitangan. Jaga semua askar kita,” kata Zelensky…










