GUA MUSANG: Seorang pesara tentera di Perumahan Jabatan Perumahan Negara (JPN) di sini sanggup mengeluarkan duit poket sebanyak RM500 untuk menghias pekarangan rumahnya dengan memasang Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan. Abu Bakar Jusoh, 69, berkata, tindakan itu sebagai tanda menzahirkan semangat cintakan negara selain bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini. “Setiap tahun seawal 31 Julai sempena Hari Pahlawan, saya mula gantung Jalur Gemilang di sekeliling rumah untuk…










