BEIRUT: Israel dan kumpulan Hezbollah melancarkan pertempuran paling sengit pada Ahad selepas beberapa bulan saling berbalas serangan, yang dibimbangi mengheret Asia Barat kepada perang dahsyat. Pertempuran sengit di sempadan Israel-Lubnan itu hampir mencetuskan perang, tetapi kedua-dua pihak berhenti dan menarik diri. Tentera Israel mendakwa mengerahkan 100 jet pejuang yang melakukan serangan selama tujuh jam dan menyerang lebih daripada 40 lokasi dengan peluru berpandu, namun hanya membunuh dua anggota Hezbollah dan…