ALOR SETAR: Sekumpulan 27 peniaga pasar malam di Jalan Putra, di sini merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) membenarkan mereka kembali berniaga di tapak asal berbanding lokasi baharu yang didakwa tidak strategik. Peniaga berkenaan termasuk pekerja mereka, turut berhimpun secara aman di tapak pasar malam itu semalam sebagai protes terhadap perintah perpindahan daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang berkuatkuasa 1 Ogos lalu. Menurut wakil peniaga yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak…










