ALOR GAJAH: Polis menahan seorang pengawal keselamatan selepas disyaki merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan kandungnya di sebuah rumah di Durian Tunggal di sini, sejak enam tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Nawawi berkata, perbuatan suspek berusia 39 tahun itu terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun menceritakan perkara itu kepada rakan sekelas sebelum memaklumkan kepada guru. Katanya, guru terlibat memanggil mangsa untuk…