Pemimpin Arab Amerika puji pemilihan Tim Walz 

Pemimpin Arab Amerika puji pemilihan Tim Walz 

CALON Presiden Demokrat, Kamala Harris dan gandingannya, Tim Walz selepas berucap di Pusat Liacouras Temple University di Philadelphia, Pennsylvania kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAU CLAIRE, Wisconsin: Pemimpin komuniti Arab Amerika dan kesatuan utama di negeri-negeri tengah Amerika menyatakan pemilihan Gabenor Minnesota, Tim Walz sebagai pasangan calon dalam pilihan raya November ini oleh Naib Presiden, Kamala Harris adalah satu keputusan yang tepat.

Datuk Bandar Dearborn di Michigan, Abdullah Hammoud menyifatkan Demokrat jelas mahu membuat perubahan dengan pemilihan Walz berbanding Gabenor Pennsylvania, Josh Shapiro yang menyokong Israel.

“Kepimpinan dalam parti sedar mereka perlu membuat perubahan. Tindakan Harris memilih Walz adalah permulaan yang baik,” katanya seperti laporan Arab News.

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Persatuan Pembangunan Orang Kulit Hitam Kebangsaan (NAACP) Cawangan Detroit, Wendell Anthony pula menyamakan situasi kempen Harris dan Walz seperti bekas Presiden, Barack Obama pada 2008 apabila golongan kulit hitam benar-benar menunjukkan sokongan mereka.

Beberapa pemimpin Demokrat di Michigan sebelum ini menyuarakan kebimbangan pemilihan calon gandingan yang salah boleh menjejaskan momentum kempen Pilihan Raya Presiden pada November ini.

Pemimpin Arab Amerika yang mempunyai pengaruh di Michigan juga lantang menyuarakan bantahan mereka terhadap pemilihan Shapiro ekoran kenyataan kotroversi beliau berhubung konflik Palestin-Israel.

Harris dan Walz semalam berkempen bersama di negeri-negeri tengah AS, di mana mereka mendapat sambutan luar biasa.

Calon Parti Demokrat itu mengunjungi Wisconsin dan Michigan, dalam usaha memikat pengundi muda dan golongan minoriti yang membantu kemenangan Presiden, Joe Biden pada Pilihan Raya tahun 2020.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini