MERSING: Insiden pergaduhan ketika kejohanan bola sepak yang berlangsung di sebuah sekolah di Mersing baru-baru ini dipercayai berpunca akibat perselisihan faham. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian Sabtu lalu itu melibatkan pemain yang menyertai kejohanan peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Johor 2024. Katanya, tiga pemain yang terlibat telah diambil tindakan tegas oleh pengadil dan tidak melibatkan sebarang kecederaan. “Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah…