Pekerja curi duit majikan dipenjara, denda RM5,800

Pekerja curi duit majikan dipenjara, denda RM5,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja kedai elektrik dihukum penjara sehari dan didenda RM5,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mencuri duit majikan­nya, sembilan tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Arshad Abu Samah, 52, didakwa mencuri wang berjumlah RM3,375 milik majikannya, Lance John Sayoi, 38, di sebuah kedai elektrik di Cheras di sini antara Jun dan Julai 2015.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Majistret Illi Marisqa Khallizan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan pilihan.

Majistret turut memerintahkan hukuman penjara ditambah tiga bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hamidah Hissan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam.

Peguam bela, Nicholas Cheoh yang mewakili Mohd. Arshad memohon hukuman denda paling minimum atas alasan anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan kini bekerja sebagai penoreh getah.

Berdasarkan fakta kes, pada September 2015, pengadu yang juga juruteknik di kedai berkenaan mendapati tertuduh tidak menyerahkan kunci lori dan kad minyak serta wang RM3,375, kepada syarikat.

Pengadu cuba meng­hubunginya tapi tiada jawapan menyebabkan pekerja tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×