Operasi cari mangsa tanah jerlus guna kepakaran tempatan - Utusan Malaysia

Operasi cari mangsa tanah jerlus guna kepakaran tempatan

KERJA-KERJA menyelamat mangsa yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hilang tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, akam menggunakan sepenuhnya kepakaran tempatan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, dalam kejadian ini, gerak kerja penugasan dipengerusikan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Hasil perbincangan dengan agensi lain, operasi dijalankan dengan menggunakan kepakaran dalam negara kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya dengan bantuan agensi sahabat, InsyaALLAH dapat selesaikan kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas persoalan sama ada terdapat teknologi atau kepakaran luar digunakan sepanjang operasi terbabit.

Operasi SAR melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini