Mogok: Hospital di India hanya terima kes kecemasan

Mogok: Hospital di India hanya terima kes kecemasan

PENUNJUK perasaan memegang sepanduk dalam protes di Hyderabad hari ini, serentak mogok doktor di seluruh negara terhadap kes rogol dan pembunuhan rakan sejawat mereka.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lebih sejuta doktor di India menyertai mogok selama 24 jam menyebabkan perkhidmatan perubatan negara terhenti sementara, hari ini.

Hospital dan klinik di seluruh negara menolak pesakit bukan kecemasan susulan protes pakar perubatan terhadap kejadian rogol dan pembunuhan seorang doktor di bandar timur Kolkata.

Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, mogok yang bermula pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) menghentikan prosedur perubatan elektif dan konsultasi pesakit luar.

Kakitangan fakulti dari kolej perubatan dipanggil untuk bertugas bagi menguruskan kes-kes kecemasan.

Dalam kejadian minggu lalu, seorang doktor pelatih berusia 31 tahun dirogol dan dibunuh di dalam sebuah kolej perubatan di Kolkata tempat dia bekerja, sekali gus mencetuskan bantahan dalam kalangan doktor di seluruh negara.

Insiden itu menggambarkan persamaan dengan kes rogol dan bunuh terhadap seorang pelajar berusia 23 tahun dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi pada 2012.

IMA menyifatkan insiden pembunuhan itu sebagai kes jenayah berskala kejam kerana kekurangan ruang selamat untuk wanita dan menggesa sokongan negara dalam menuntut keadilan.

Kumpulan doktor terbesar negara itu turut menyenaraikan beberapa tuntutan, termasuk pengukuhan undang-undang untuk melindungi kakitangan perubatan daripada keganasan, meningkatkan tahap keselamatan di hospital dan mewujudkan ruang selamat untuk berehat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN