LONDON: Polis di United Kingdom (UK) diminta untuk meningkatkan perlindungan terhadap masjid di negara itu, berikutan kebimbangan terhadap kemungkinan ia menjadi sasaran golongan pelampau sayap kanan. Ini susulan selepas masjid menjadi sasaran perusuh di Southport dan Hartlepool di utara England awal minggu ini, dan keganasan tercetus di bandar lain di seluruh negara. Keganasan tercetus selepas tiga kanak-kanak mati ditikam di Southport pada Isnin lepas. Maklumat palsu yang diedarkan dalam talian…










