ARAU: Kepayahan kira-kira 300 penduduk di Kampung Bunga Emas, di sini, yang berdepan masalah kerosakan jalan sejak tahun 2012 mendapat perhatian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Jalan kampung berkenaan sepanjang kira-kira tiga kilometer sebelum ini berdepan masalah kerosakan teruk sehingga mengundang pelbagai isu kemalangan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Bunga Emas, Nazri Daud berkata, beberapa kes kemalangan pernah dilaporkan berlaku di jalan itu malah ada…










