GAZA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyeru umat Islam di seluruh dunia bersatu susulan tindakan ‘pengecut’ Israel yang melancarkan serangan di kawasan perumahan padat penduduk di Beirut.
Beliau malah dengan lantang mengutuk serangan yang mengorbankan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh.
“Seluruh pasukan pejuang di Palestin perlu bersatu, bersabar dan berdiri teguh menentang pendudukan Israel.
“Ini adalah satu tindakan bacul dari Israel,” tegasnya.
Serangan mengejut yang dilancarkan oleh Israel adalah satu tindakan balas dendam selepas Israel mendakwa kononnya Hezbollah melancarkan serangan di sebuah padang bola sepak di Bukit Golan, wilayah yang diduduki oleh Israel.
Bukit Golan terletak di barat daya Syria, bersempadan Sungai Yarmouk di selatan, lembah Hula di bahagian barat.
Dua pertiga kawasan itu dijajah oleh Israel selepas perang enam hari pada 1967.











