Lori bawa muatan gula, minyak masak untuk penyeludupan disita

Lori bawa muatan gula, minyak masak untuk penyeludupan disita

GULA dan minyak yang berjaya dirampas dalam serbuan di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita sebuah lori yang mengandungi muatan gula dan minyak masak dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Bechah Resak, Cabang Empat di sini semalam.

Serbuan pukul 6.10 petang itu dilakukan menerusi kerjasama KPDN Kelantan dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di sebuah rumah tidak bernombor.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas lori itu membawa kepada penemuan 221 kilogram (kg) minyak masak peket bernilai RM552.50.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan telah menjumpai gula pasir seberat 1,488 (kg).

“Kes disiasat di mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan. 

“Operasi bersepadu ini merupakan salah satu usaha berterusan pihak berkuasa dalam memastikan barangan bersubsidi tidak diseleweng atau diseludup keluar dari negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azman memberitahu, KPDN Kelantan menggesa orang ramai untuk menyalurkan maklumat jika terdapat sebarang kegiatan penyelewengan atau penyeludupan barang kawalan di kawasan mereka.-UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×