TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita sebuah lori yang mengandungi muatan gula dan minyak masak dipercayai untuk diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Bechah Resak, Cabang Empat di sini semalam. Serbuan pukul 6.10 petang itu dilakukan menerusi kerjasama KPDN Kelantan dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga di sebuah rumah tidak bernombor. Pengarahnya Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas…










