PETALING JAYA: Syarat Program Peralihan Khas bagi pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B1 dan B2 yang memerlukan pengalaman minimum selama 10 tahun untuk mendapatkan lesen B penuh memadai untuk penunggang beralih kepada motosikal berkuasa tinggi. Pakar permotoran, Dr. Yusseri Md. Yusoff berkata, ini kerana kriteria kelas latihan untuk mendapatkan lesen B penuh sebelum ini belum tentu dapat membantu seseorang mengendalikan motosikal berkuasa tinggi. Justeru, katanya, gabungan pengalaman serta program…










