Lelaki terselamat, lori dipandu terbakar 50 peratus - Utusan Malaysia

Lelaki terselamat, lori dipandu terbakar 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki terselamat selepas lori dipandunya terbakar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.03 tengah hari itu, panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rosdi Yussof berkata, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada pukul 12:12 tengah hari terdapat sebuah lori mengalami kemalangan dan terbakar di bahagian hadapan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian itu menyebabkan kebakaran dianggarkan 50 peratus.

“Mangsa berumur 30an yang merupakan pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di tangan dan kepala diserahkan petugas perubatan untuk rawatan lanjut,”jelasnya.

Menurut beliau, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi tamat pada pukul 1.48 petang.

“Punca kebakaran setakat ini masih dalam siasatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN