PETALING JAYA : Seorang lelaki terselamat selepas lori dipandunya terbakar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta dekat Segambut, Kuala Lumpur hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.03 tengah hari itu, panggilan kecemasan diterima Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rosdi Yussof berkata, seramai sembilan anggota bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas kemudiannya dikejarkan ke…










