SANA’A: Angka kematian akibat banjir dan hujan lebat di wilayah Al-Hudaydah di barat Yemen meningkat kepada 84, manakala 25 yang lain cedera. Menurut laporan Saba News yang memetik kumpulan Houthi, angka korban banjir dan hujan lebat di wilayah Al-Hudaydah sejak awal bulan Ogos meningkat kepada 84 orang. Banjir mencecah pintu masuk utara bandar Al-Hudaydah, menenggelamkan ratusan rumah, menyebabkan kerosakan teruk pada infrastruktur dan tanah pertanian serta merosakkan beberapa jalan bandar.…