MUAR: Kes kebakaran yang meragut tiga sekeluarga di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh dekat sini, kelmarin diklafikasikan sebagai bunuh, khianat dengan api dan mendatangkan kecederaan parah. Malah difahamkan, punca kematian terhadap kanak-kanak yang terkorban bersama datuk dan neneknya dalam kebakaran itu dipercayai akibat ketukan pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, polis membuka kertas siasatan kes itu mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen…










