JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Taman Daya, di sini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 9.16 malam kelmarin ketika penjaga kanak-kanak berkenaan sedang menunaikan solat. Menurutnya, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala. “Hasil siasatan mendapati, mangsa bersama keluarganya baharu selesai beriadah di kolam renang…










