Jangan beri tekanan naik harga barang pada Disember - PM - Utusan Malaysia

Jangan beri tekanan naik harga barang pada Disember – PM

ANWAR IBRAHIM ketika hadir pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Kali Ke-19 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada syarikat dan pemilik kedai supaya tidak memberi tekanan kepada harga barang khususnya makanan apabila pelarasan gaji penjawat awam dilaksanakan pada Disember ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peringatan itu diberikan kepada peniaga dan syarikat berikutan pelarasan gaji penjawat awam menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dibuat secara berfasa.

“Saya harap pada bulan Disember jangan ada syarikat dan kedai ambil kesempatan kerana kita naik secara berfasa (pelarasan gaji), tidak harus beri tekanan kepada kos harga barang keperluan terutamanya makanan.

“Badan-badan penguatkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan bertindak tegas menerusi pegawai penguatkuasanya,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 10,000 penjawat awam pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Kali Ke-19, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN