PASIR MAS: Malaysia dan Thailand bersetuju mempercepatkan pembinaan Jambatan Kedua Sungai Golok-Rantau Panjang dekat sini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut antara perkara yang dibincangkan dengan rakan sejawatan dari Thailand, Srettha Thavisin. Menurut beliau, kedua-dua negara juga bersetuju menyegerakan kerja-kerja pembersihan Sungai Golok bagi mengurangkan risiko banjir. “Bila hubungan peribadi baik, hubungan kedua-dua negara baik rakyat dapat manfaat,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari di…










