SEMENANJUNG GAZA – Tentera Israel mengebom kem pelarian yang didakwanya sebagai ‘zon selamat’ di kawasan Al-Mawasi, barat Khan Younis, selatan Gaza, semalam.
Beberapa rakyat Palestin terbunuh dan cedera dalam serangan itu, menurut sumber lapangan.
Tiada angka kematian rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa perubatan Gaza setakat ini.
Ia bukan kali pertama tentera rejim Israel menyasarkan kem pelarian di kawasan Al-Mawasi dan tempat perlindungan merentasi bahagian Gaza, mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Israel ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan Oktober lalu oleh kumpulan pejuang Hamas.
Lebih 39,600 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 91,600 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Hampir 10 bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza yang luas runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), yang mengarahkan supaya dihentikan operasi ketenteraan di Rafah secara serta merta, di mana lebih 1 juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei lalu. –AGENSI










