Israel ‘cuak’ mahu bunuh pemimpin baharu Hamas

Israel ‘cuak’ mahu bunuh pemimpin baharu Hamas

YAHYA SINWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Israel berikrar mahu menghapuskan Ketua Biro Politik baharu Hamas, Yahya Sinwar kerana pemimpin tersebut merupakan komander yang mengarahkan serangan 7 Oktober 2023 sehingga menimbulkan ketegangan serantau, ketika perang Gaza memasuki bulan ke-11.

Hal ini setelah tidak sampai 48 jam dilantik, Israel bimbang dengan Yahya Sinwar dan menghapuskannya seperti nasib Ismail sebagai langkah ‘mempertahankan diri’ susulan Hamas mengumumkan pemimpin baharu pergerakan tersebut.

Bercakap di hadapan kadet baharu di sebuah pangkalan tentera di sini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, Israel bertekad menghapuskan Yahya kerana mahu untuk mempertahankan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bersedia daripada segi pertahanan dan serangan,” katanya seperti laporan Arab News.

Yahya dilantik mengetuai kumpulan pejuang Hamas ketika rejim Zionis itu bersiap sedia terhadap sebarang tindakan ba­las Iran atas pembunuhan Ismail minggu lalu.

Israel mendakwa Yahya ko­mander yang mengarahkan se­rangan 7 Oktober hingga menim­bulkan ketegangan serantau, ketika perang Gaza berlaku.

Ini bermakna pelantikan Yah­ya juga merupakan mesej penting kepada Israel, iaitu penentangan di Gaza tidak akan berubah, malah dapat dilihat sebagai cabaran buat zionis.

Dalam pada itu, Ketua tentera, Leftenan Jeneral Herzi Halevi turut berikrar untuk memburu Yahya, menyerangnya dan memaksa Hamas mencari pe­mimpin lain.

Pemimpin Hamas itu tidak pernah dilihat di Gaza sejak 2017 sekali gus menimbul persoalan terhadap bagaimana Yahya akan berhubung dengan anggota Hamas untuk menjalankan operasi politik seharian kumpulan itu, dan mengawasi rundingan gencatan senjata di Gaza.

Penganalisis yakin Yahya yang dilihat lebih cenderung memilih perjuangan berbanding perda­maian, tidak akan bersetuju de­ngan gencatan senjata di Gaza.

Pada ucapan pembukaan perjumpaan itu, Menteri Luar Gambia, Mamadou Tangara, yang kini mempengerusikan OIC ber­kata, pembunuhan Ismail dan perang berterusan di Gaza juga boleh membawa kepada konflik serantau di Asia Barat.

“Pembunuhan ini tidak akan menjejaskan perjuangan rakyat Palestin, malah menyemarakkan lagi semangat penduduk Gaza,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini