Hizbullah menghitung hari serang Israel

Hizbullah menghitung hari serang Israel

Hizbullah berkemungkinan akan menyerang Israel tanpa menunggu arahan Iran.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Pasukan Hizbullah berkemungkinan akan menyerang Israel tanpa menunggu arahan daripada sekutu rapatnya Iran, demikian menurut laporan Stesen Penyiaran CNN pada Rabu.

Iran dan Hizbullah telah berikrar akan membalas dendam terhadap Israel berikutan pembunuhan komander tertinggi pasukan tersebut, Fuad Shukr di Beirut dan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran, Iran baru-baru ini.

Walaupun Israel mengakui mereka melancarkan serangan terhadap Shukr, tetapi mereka tidak memberi sebarang respon mengenai pembunuhan Haniyeh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut laporan sumber yang biasa dengan komuniti perisikan, Hizbollah telah merangka perancangan lebih pantas dari Iran dan mungkin bakal melancarkan serangan ke atas Israel dalam beberapa hari akan datang.

Iran, sebaliknya masih menentukan tindak balasnya, kata laporan tersebut.

Memandangkan Lubnan berdekatan dengan Israel, laporan itu berkata, akan memudahkan Hezbollah untuk boleh bertindak dengan tanpa amaran, tidak seperti Iran yang agak jauh sedikit dari Israel.

“Tidak jelas bagaimana atau sama ada Iran dan Hizbullah sedang menyelaraskan kemungkinan serangan dari sekarang.

“Terdapat rasa di kalangan beberapa orang pegawai bahawa Iran serta sekutu rapatnya mungkin tidak sejajar sepenuhnya tentang cara untuk bergerak ke hadapan,” katanya lagi.  -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini