Kamala Harris kumpul RM356.3 juta dana kempen

Kamala Harris kumpul RM356.3 juta dana kempen pada Konvensyen Demokrat

CALON Presiden Demokrat, Kamala Harris melambai tangan kepada penyokongnya sebelum berucap pada hari terakhir Konvensyen Kebangsaan Demokratik (DNC) di Chicago, pada 22 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Naib Presiden, Kamala Harris berjaya mengumpul sumbangan sebanyak AS$82 juta (RM356.3 juta) semasa Konvensyen Kebangsaan Demokratik (DNC), menjadikan jumlah dana kempen Parti Demokrat kepada AS$540 juta (RM2.35 bilion).

Pengurus kempen, Jen O’Malley Dillon dalam satu memo berkata, sumbangan diterima sepanjang empat hari konvensyen itu memperlihatkan sokongan ahli parti terhadap pencalonan Harris.

“Dana kempen mencecah AS$500 juta (RM2.18 bilion) sebelum Harris sempat menyampaikan ucapan pada Konvensyen Kebangsaan Demokratik.

“Sejurus ucapan beliau, jumlah itu semakin bertambah. Keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Dillon seperti dilapor Al Jazeera.

Jelas Dillon, hampir satu pertiga dana semasa konvensyen datang daripada penyumbang kali pertama, sementara satu perlima daripada penderma kali pertama itu adalah pengundi muda dan wanita.

Tambah beliau, golongan guru dan jururawat menjadi kumpulan yang paling banyak menderma.

Pada masa sama, Dillon berkata, hampir 200,000 sukarelawan turut berdaftar sepanjang empat hari konvensyen bagi membantu kempen Harris.

Sementara itu, dana kempen bekas Presiden, Donald Trump yang mewakili Parti Republikan sehingga kini berjaya mengumpul AS$327 juta (RM1.42 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN