Hamas pilih Yahya Sinwar ganti Ismail Haniyeh

Hamas pilih Yahya Sinwar ganti Ismail Haniyeh

YAHYA SINWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Kumpulan pejuang Hamas melantik Yahya Sinwar sebagai Ketua Biro Politik yang baharu, selepas dua hari rundingan panjang di Doha, Qatar.

Sinwar, 61, akan menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Teheran selepas menghadiri majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran, pada 31 Julai lalu.

Kepimpinan Hamas sebulat suara memilih Sinwar untuk mengetuai pergerakan itu, menurut pegawai kanannya memberitahu BBC.

Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan memuncak di Asia Barat, apabila Iran dan sekutunya mengancam tindak balas terhadap pembunuhan Haniyeh, dengan menyalahkan Israel sebagai dalang.

Sejak 2017, Sinwar berkhidmat sebagai ketua kumpulan pejuang itu di Gaza.

Beliau adalah pemimpin Hamas yang paling dikehendaki Israel, dengan Tel Aviv menuduhnya mendalangi serangan 7 Oktober tahun lalu, yang mendorong rejim melancarkan kempen ketenteraan di Gaza.

Sementara itu, kumpulan Hezbollah di Lubnan dalam satu kenyataan, menganggap pemilihan Sinwar adalah mesej kuat kepada musuh dan Amerika Syarikat (AS), bahawa Hamas bersatu dalam keputusannya.

Kenyataan itu berkata, pelantikan tersebut mengesahkan matlamat Israel untuk membunuh pemimpin serta pegawai Hamas gagal mencapai objektif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN