JOHOR BAHRU: Seorang guru sebuah sekolah di Batu Pahat mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM33,870.10 pada tahun 2022 dan 2023. Tertuduh, Abdul Aziz Husin, 54, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, bapa kepada lapan cahaya mata itu didakwa gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pemberian wang berjumlah RM33,870.10 oleh dua individu…