Gencatan senjata: Israel, Hamas sama-sama degil

Gencatan senjata: Israel, Hamas sama-sama degil

PENUNJUK perasaan mengibarkan bendera Palestin dan memegang sepanduk ketika himpunan di luar Downing Street di London, bagi mendesak gencatan senjata di Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Rundingan baharu gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas masih menemukan jalan buntu, selepas terpaksa dilanjutkan minggu depan.

Ini selepas rundingan yang diadakan selama dua hari pada Khamis dan Jumaat, di Doha, Qatar, berakhir tanpa sebarang kejayaan, lapor BBC.

Bagaimanapun, tarikh baharu ditetapkan pada minggu depan untuk rundingan lanjut dalam usaha menghentikan perang yang memasuki 11 bulan di Gaza.

Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Mesir berkata, mereka mengemukakan cadangan yang ‘mengecilkan jurang’ antara pihak berperang.

Dalam satu kenyataan bersama kelmarin, pengantara berkata, perbincangan selama dua hari di Doha adalah serius, konstruktif dan dijalankan dalam suasana yang positif.

Wakil-wakil rundingan dijangka bertemu sekali lagi di Kaherah sebelum hujung minggu depan, dengan tujuan memuktamadkan perjanjian.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken juga dilaporkan bertolak ke Israel semalam, untuk meningkatkan usaha diplomatik.

Terdahulu, Presiden AS, Joe Biden mengumumkan rundingan kali ini semakin dekat dengan gencatan senjata berbanding sebelumnya, namun dakwaan itu diragui oleh pegawai kanan Hamas.

Walaupun kenyataan Biden menunjukkan nada optimis, puluhan rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas sebelum ini, gagal mencapai kesepakatan sejak gencatan senjata pendek dilaksanakan pada Disember tahun lepas.

Perkembangan yang konon didakwa positif itu juga mungkin bertujuan menghalang lagi tindak balas Iran terhadap Israel selepas pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh di Teheran, bulan lalu.

Sebarang kemajuan dalam rundingan di Qatar dianggap penting oleh kerajaan yang terdesak untuk mengelakkan perang di Gaza merebak menjadi konflik besar serantau.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×