Fazuanizam tekad kejar kejuaraan ke-5 - Utusan Malaysia

Fazuanizam tekad kejar kejuaraan ke-5

TIGA peserta bina badan Johor, dari kiri Muhammad Ashrull Haikall Asmabin, Mohd. Fazuanizam Hasan dan Muhamad Sazali Muhadzir mempamerkan bentuk badan pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53 di Hotel Thistle, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

JOHOR BAHRU: Peserta bina badan Johor, Mohd. Fazuanizam Hasan, 38, bertekad mengejar kejuaraan kelima pada Kejohanan Bina Badan Peringkat Kebangsaan Ke-53@Mr. Malaysia 2024 di Hotel Thistle, di sini.

Dia yang akan mengambil bahagian dalam kategori Bantam Weight Bawah 65 kg, sebelum ini pernah menjuarai kategori sama pada 2013, 2015, 2018 dan 2022.

“Saya bertekad untuk mengejar kejuaraan kelima tahun ini walaupun terpaksa bersaing dengan para peserta yang hebat dari negeri lain, terutamanya peserta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Walau bagaimanapun, saya akan tetap memberikan persembahan terbaik Ketika di pentas pada final esok untuk bergelar juara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia sebelum ini pernah bergelar Mr. Asia pada 2020 bagi kategori Bantam Weight.

Sementara itu, seorang lagi peserta Johor, Muhammad Ashrull Haikall Asmabin, 27, yang mengambil bahagian dalam kategori ‘Men Sports PhysiqueUp to 170 cm’ berharap kejohanan kali ini dapat menebus kekecewaannya tahun lalu.

“Tahun lepas saya dapat tempat ketiga Mr. Malaysia, dan berharap tahun ini dapat jadi juara,” katanya yang bekerja di Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Pegawai sukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Muhamad Sazali Muhadzir, 34, turut bertekad memberi persembahan terbaik untuk muncul juara kategori ‘Men Sports Physique Over 170cm’.

Pada tahun lalu dia sekadar mendapat tempat keempat, namun kali ini berazam untuk bergelar juara bagi kategori sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN