DOHA: Kumpulan pejuang Hamas menggesa negara dan organisasi Arab-Islam untuk mengutuk serta menyatakan kemarahan terhadap tindakan tentera Israel membakar naskhah al-Quran di sebuah masjid di Gaza. Menerusi satu kenyataan kelmarin, kumpulan itu menegaskan perbuatan membakar al-Quran dan memusnahkan masjid membuktikan sifat ekstremis Israel serta tenteranya. Terdahulu, Al Jazeera menyiarkan rakaman, diperoleh daripada kamera tentera Israel, menunjukkan mereka mengoyakkan dan membakar naskhah al-Quran di Masjid Bani Saleh, utara Gaza. Saluran itu…