DUN Mahkota: Pilih PN untuk jadi semak dan imbang

DUN Mahkota: Pilih PN untuk jadi semak dan imbang

Mohamad Nor Linggan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pemilihan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk mewakili suara rakyat melalui Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah usaha untuk melakukan semak dan imbang pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.

Ketua Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Nor Linggan berkata, secara asasnya jika PN menang dalam PRK ini tidak menyebabkan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana masih mempunyai 39 kerusi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Katanya, dengan pertambahan kerusi seramai 13 orang daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) dan empat PN di pihak pengimbang, ia memberikan lebih kekuatan.

“Ketika ini hanya tiga wakil rakyat PN yang bertindak sebagai pengimbang sebenar manakala 13 lagi daripada PH sudah menjadi rakan kerjasama dengan BN.

“Atas sebab itu pentingnya kemenangan PN dalam PRK Mahkota kerana akan menambah kekuatan pengimbang yang bertindak sebagai pendesak kepada pentadbiran kerajaan negeri Johor,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut Mohamad Nor, isu-isu seperti kehilangan beras putih tempatan, kenaikan harga diesel serta cukai akan menjadi perkara utama akan dibawa pihaknya dalam siri kempen nanti.

Katanya, walaupun masalah-masalah membelenggu rakyat tidak dapat diatasi dengan tuntas, namun jika terus didesak melalui wakil rakyat pasti akan membuahkan hasil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN