Kempen PRK DUN Mahkota paling aman?

Kempen PRK DUN Mahkota paling aman?

CALON BN, Syed Hussien Syed Abdullah (kiri) bersama calon PN, Mohamad Haizan Jaafar bergambar selepas penamaan calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, baru-baru ini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMPEN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sudah seminggu berlangsung.

Dalam tempoh itu, bandar Kluang meriah dengan pelbagai program dan aktiviti serta kempen seperti ceramah berkelompok dan kunjungan dari rumah ke rumah oleh calon serta jentera parti yang bertanding.

Walaupun hanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), namun pemimpin dan jentera parti gabungan masing-masing silih berganti berkempen untuk meraih sokongan dan undi.

Namun, ada sesuatu yang menarik tentang kempen PRK DUN Mahkota, setakat ini ia berlangsung dengan baik, berhemah dan aman.

Memang adat dalam berkempen dan berpolitik, pasti ada sahaja dakwaan tertentu yang dilemparkan kepada calon dan parti lawan untuk menarik sokongan.

Tetapi kempen termasuk ceramah yang diadakan tetap berjalan dengan baik, tanpa tuduhan dan provokasi melampau oleh kedua-dua pihak.

Berdasarkan pihak polis, setakat ini tiada laporan diterima melibatkan kekacauan berkaitan dengan kempen atau program yang dianjurkan.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh seminggu berkempen, tiada calon, pemimpin atau parti yang terlibat menyentuh isu-isu sensitif termasuk 3R, iaitu kaum, agama dan raja.

Semua seakan-akan mengerti bahawa mereka berkempen di Johor.

Ini kerana Negeri Permata Selatan ada cara tersendiri, iaitu Cara Johor! Terkenal sebagai Bangsa Johor yang sentiasa beradap dalam menyuarakan pendapat.

Malah, dalam marahnya ada senyum.

Jadi, tidak keterlaluan andai dikatakan bahawa PRK DUN Mahkota adalah yang paling aman berbanding dengan beberapa PRK pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Situasi itu juga mungkin kerana
Isu-isu yang dibangkitkan terus berkisar tentang perkara yang sudah ‘biasa’ didengari orang ramai, khususnya kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

Pihak pembangkang berhujah bahawa perkara itu berlaku kerana ‘kegagalan’ pihak kerajaan mengawal dan mengambil tindakan tegas serta efektif dalam menanganinya.

Justeru, ia didakwa semakin menekan dan membebankan rakyat.

Namun, pihak kerajaan juga ada hujah tersendiri, khususnya kerana trend global dan tetap berusaha memberi pelbagai suntikan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi termasuk membanteras ketirisan yang berlaku sehingga menjejaskan bekalan barangan keperluan rakyat.

Mungkin juga PRK DUN Mahkota berlangsung agak ‘sejuk’ kerana apa pun keputusanya tidak akan memberi kesan besar, apatah lagi mampu mengubah landskap politik kerajaan negeri kerana Kerajaan BN Johor tetap utuh.

Andai calon BN yang menang, keputusan itu sudah pasti mengekalkan penguasaan 40 kerusi daripada 56 kerusi miliknya.

Sekiranya calon PN yang terpilih, situasi itu hanya menambah bilangan wakil rakyat pengimbang kepada empat orang dalam DUN, namun tidak mampu menggugat kestabilan Kerajaan BN Johor.

Menjelang seminggu terakhir berkempen, teruskan jaga adab dan lidah, usah tabur fitnah dan tuduhan yang boleh mencetuskan kekacauan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN