Dakwaan rombak Kabinet tidak benar - Rafizi - Utusan Malaysia

Dakwaan rombak Kabinet tidak benar – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dakwaan rombakan Kabinet dengan seorang menteri daripada PKR mungkin digugurkan dan seorang menteri besar parti itu akan menjawat jawatan Kabinet tidak benar.

Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli sebaliknya memberitahu, PKR ketika ini berada pada keadaan paling stabil sejak tempoh 25 tahun kewujudan parti tersebut.

Katanya, khabar angin rombakan Kabinet itu adalah taktik lapuk dimainkan pihak tertentu kerana mahu menggugat kestabilan kerajaan hari ini.

“Itu penipuan, ini taktik lapuk apabila lawan kami tidak boleh berdepan soal penting untuk negara seperti ekonomi dan pentadbiran, jadi mereka gunakan isu picisan.

“Benda itu tiada angin tiada ribut cuma apabila dilayan akan menjadi besar sementara realitinya perkara itu langsung tiada. Sepanjang 25 tahun dalam PKR ini masa paling stabil dan aman sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Ask Minister Anything Bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang diadakan di Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Tambah beliau yang juga merupakan Menteri Ekonomi, PKR tidak menceritakan apa-apa isu remeh kerana parti itu fokus kepada perkara lebih utama khususnya pembangunan sebuah negara.

Pada 12 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr: Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang rombakan Kabinet melibatkan Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang mendakwa memetik sumber PKR melaporkan seorang menteri daripada parti itu mungkin digugurkan, manakala seorang menteri besar akan menjawat jawatan di Kabinet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×