PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron kini perlu kembali kepada realiti untuk menangani kemelut politik yang dicipta dan disembunyikannya sehingga Sukan Olimpik Paris berakhir. Perbincangan mengenai pekerjaan sektor awam dan pemotongan belanjawan menjadi perhatian, yang bakal mencetuskan kemarahan pengundi. Sebelum ini, Macron seolah-olah mempertaruhkan nasib Perancis sebagai tuan rumah Olimpik apabila beliau mengumumkan pilihan raya mengejut hanya beberapa minggu sebelum temasya sukan itu dijadualkan berlangsung. Keputusan pilihan raya itu mengheret Perancis…










