PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang membuat audit khas terhadap insiden demi insiden membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, laporan audit khas itu akan dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini. Beliau berkata, pihaknya telah menghubungi MAS malah siasatan telah dijalankan terhadap siri insiden membabitkan pesawat milik Malaysia Aviation Group (MAG) itu. “Kita sudah hubungi pihak MAS, malah sebelum ini pun kita…










