JOHOR BAHRU: Seorang broker bukan sahaja berputih mata untuk meraih keuntungan lumayan, malah turut mengalami kerugian sebanyak RM1.45 juta kerana terpedaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham luar negara didakwa berpusat di Hong Kong. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 44 tahun itu semalam yang mendakwa tertarik selepas melihat iklan pelaburan berkenaan dalam media sosial Facebook pada Mei lalu. “Pelaburan daripada syarikat bernama…










