KOTA TINGGI: Sarjan Mohd. Hasif Roslan, 38, yang merupakan satu-satunya mangsa terselamat dalam tragedi berdarah serangan Balai Polis Ulu Tiram, Mei lalu mengakui kesan dua tembakan itu masih terasa bisanya. Malah, insiden yang menggemparkan negara itu sukar dilupakan, namun dia menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan dan berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Ada masanya, saya terkenang peristiwa yang berlaku itu, namun dorongan dan sokongan keluarga dan rakan sekerja berjaya membangkitkan…










