Benteng dalam sungai mampu selamatkan padi di Kelantan

Benteng dalam sungai mampu selamatkan padi di Kelantan

ABDUL Halim Abu Bakar bimbang jika masalah air terus berpanjangan berkemungkinan besar dia dan rakan-rakan tidak memulakan kerja-kerja menanam padi di Kampung Binjal, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Persatuan Pesawah Kelantan (Pesak) melihat pembinaan benteng di dalam sungai mampu meningkatkan paras air sekali gus menyelamatkan tanaman padi di negeri ini.

Pengerusinya, Zuha Ismail berkata, Kerajaan Kelantan selaku pemenang taruh yang mempunyai kuasa ke atas sungai perlu bertindak segera dalam menyelesaikan perkara ini.

Menurutnya, kebenaran itu akan memastikan bekalan padi dan beras negara mencukupi bagi menghadapi musim kemarau pada masa hadapan.

“Disebabkan kemarau, paras aras sungai Kelantan masih lagi cetek menyebabkan pam gagal walaupun kerja-kerja memecah batu hampar di muka sauk rumah pam milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) 2 dapat melancarkan kemasukan air dari sungai.

“Namun ia masih belum dapat membantu. Bila gagal berfungsi (rumah pam) kami tidak dapat tanam padi. Bukan sahaja bekalan makanan negara terjejas, pendapatan kami pun turut menyusut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zuha memberitahu, hasil lawatan yang dilakukan mendapati pada 6 Julai lalu mendapati kemajuan pembinaan Kemubu 3 tidak dapat disiapkan mengikut jadual iaitu Mei tahun depan.

Katanya, ia berpandukan kepada kemajuan kerja-kerja dilapangan.

“Pada masa sama, Pesak menuntut penjelasan peruntukan RM20 juta diluluskan Perdana Menteri untuk membeli pam-pam bagi mengatasi masalah bekalan air masih belum menampakkan sebarang hasil.

“Siapa yang melambatkan proses pelaksanaan hal ini? Saya bimbang musim akan Kelantan akan hilang hasil padi,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zuha berkata, kerja-kerja pembenihan awan tidak banyak membantu pesawah di negeri ini.

Katanya, bagaimanapun Pesak berterima kasih kepada kerajaan yang bertungkus-lumus membantu pesawah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×