Bali perketat kawalan imigresen kerana lonjakan pelancong

Bali perketat kawalan imigresen kerana lonjakan pelancong

WARGA Australia mendominasi jumlah pelawat tertinggi ke Bali, diikuti India dan China.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI: Pihak berkuasa imigresen di pulau Bali, Indonesia mempertingkatkan pengawasan terhadap warga asing terutama pelancong.

Tindakan itu adalah langkah proaktif sebagai tindak balas kepada lonjakan kedatangan pelancong ke destinasi popular di negara tersebut.

Data rasmi imigresen wilayah itu menunjukkan, 3.89 juta pelancong asing melawat Bali dari Januari hingga Julai tahun ini.

Jumlah itu meningkat dengan ketara daripada 2.9 juta kunjungan yang dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Pelancong asing yang melawat Bali pada tahun ini, didominasi oleh warga Australia (877,329 orang), India (328,767) dan China (278,329).

Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Pramella Yunidar Pasaribu berkata, pemantauan ketat adalah penting demi menjaga keselamatan, ketenteraman dan selesesaan orang ramai khususnya pelancong.

Langkah pengawasan itu melibatkan pemeriksaan teliti terhadap dokumen perjalanan, termasuk pasport, visa dan permit kediaman.

Pihak berkuasa juga memperkukuh sistem maklumat imigresen bersepadu untuk memantau pergerakan warga asing.

Pejabat imigresen juga memasang 30 unit autogate atau kemudahan automasi imigresen di terminal ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai.- XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN