KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Sabtu lalu akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri akhir Oktober ini. Perkara tersebut disahkan oleh Speaker DUN Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Menurutnya, majlis itu akan berlangsung serentak dengan persidangan sempena Belanjawan pada akhir Oktober. “Biasanya majlis ini (angkat sumpah ADUN)…










