KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) seperti terbina dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan PH dan BN terutama UMNO ketika ini berada di tahap yang sangat baik. “Di peringkat ini, kerjasama kita memang sangat memuaskan. Jadi, untuk masa depan itu, kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,” kata beliau…