PETALING JAYA: Kira-kira 28.2 peratus atau 6.7 juta daripada hampir 23 juta individu golongan dewasa di negara ini berisiko menghidap penyakit hati berlemak berkaitan kegagalan fungsi metabolik atau dikenali sebagai MAFLD. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan, jumlah itu merangkumi tiga daripada 10 individu dewasa mengalami masalah kesihatan tersebut. Berdasarkan tinjauan itu, golongan lelaki lebih cenderung menghidap penyakit hati berlemak dengan peratusan sebanyak 32 peratus berbanding hanya 25…