32 kanak-kanak maut semasa protes di Bangladesh

32 kanak-kanak maut semasa protes di Bangladesh

PENUNJUK perasaan menyelamatkan diri selepas polis melepaskan gas pemedih mata semasa demontrasi antikuota di Universiti Dhaka.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 32 kanak-kanak maut semasa protes pelajar yang melanda Bangladesh bulan lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Selatan, Sanjay Wijesekera dimaklumkan mengenai laporan kanak-kanak ditahan semasa lawatan ke Bangladesh, minggu ini.

Beliau menyifatkan 32 kematian yang disahkan oleh organisasi itu adalah kehilangan yang amat besar.

Wijesekera berkata, kebanyakan mereka yang terbunuh berusia 13 tahun ke atas, dengan seorang di bawah lima tahun dan seorang kanak-kanak berumur enam dan 12 tahun.

“Kanak-kanak mesti dilindungi setiap masa. Itu adalah tanggungjawab semua orang,” katanya.

Mereka termasuk dalam lebih 200 orang yang terbunuh semasa demonstrasi menentang kuota pekerjaan dalam perkhidmatan awam, menurut angka yang disahkan oleh BBC Bangla.

Sistem kuota tersebut kini dikurangkan oleh kerajaan berikutan keputusan Mahkamah Agung, tetapi pelajar masih meneruskan demonstrasi bagi menuntut keadilan buat mereka yang meninggal dunia, cedera atau ditahan.

Walaupun protes kini dalam skala lebih kecil, kerajaan tetap bergelut untuk mengawal gelombang kemarahan yang semakin meningkat berikutan kegagalannya bertindak balas ketika demonstrasi awal.

Sekurang-kurangnya 20 orang cedera akibat gas pemedih mata dan peluru getah oleh pasukan keselamatan, ketika ribuan penunjuk perasaan berhimpun di jalanan, lapor Reuters.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN